Indah Rasa Catering

Isnin, 8 April 2013

Mencari Pembekal dan Pengusaha Kuih Raya & Kerepek 2013

Mencari Pembekal dan Pengusaha Kuih Raya & Kerepek 2013







Assalamualaikum penggunjung Indah Rasa

Saya Adam peniaga bazar, saya sedang mencari pembekal atau pengusaha kuih raya, kerepek atau produk seangkatan dengannya dalam kuantiti yang banyak dan harga yang murah untuk dipasarkan pada 05 julai 2013 (bulan puasa). Lokasi perniagaan adalah di TAMAN KERANG Kuantan, tahun ini masuk tahun ke-4 kami berniaga di sini pada bulan ramadhan. Sambutan sangat2 menggalakkan, pada sesiapa yang boleh menbekalkan kuih raya,kerepek atau produk yang seangkatan dengannya (tawaran dibuka hanya pada bumiputra dan pembekal yang beragama islam sahaja). Sila beri butiran pruduk dengan terperinci untuk mengelakkan salah faham


CONTOH:

JENIS PRODUK: ALMOND LANDON (1 BEKAS 50 PIECES)
HARGA PRODUK: 1 BEKAS - 300 BEKAS RM15.50
300 BEKAS - 1000 BEKAS RM13.00

JENIS PRODUK: BAHULU COKLAT (1 BEKAS 50 PIESES)
HARGA PRODUK: 1 BEKAS - 500 BEKAS RM13.00
500 BEKAS - 1000 BEKAS RM11.00

Kami juga merima sekiranya pihak pembekal atau pengusaha ingin meletakan produk untuk dipasarkan (caj akan dikenakan hanya pada produk yang telah dijual). Produk yang tidak habis akan dikembalikan, sekiranya produk dipasarkan tidak laris pihak kami tidak akan bertanggung jawab.


Sekiranya berminat sila e-mail:

mohd_adam616@yahoo.com atau
sms @ call 016-3498612

Di harap kerja sama yang terjalin antara kita akan mengeratkan lagi hubungan silatur rahim antara kita

Yang benar
adam-616

sekian terima kasih

Jumaat, 5 April 2013

INDAH RASA

INDAH RASA: Indah Rasa Catering

Pakej Raja Sehari

Pakej Pelamin RM1350
*1 set Pelamin + Payung
*Hiasan Bilik Tidur + Cadar
*Hiasan Meja Makan + Tabir
*1 set Baju Bersanding (L&P)
*1 set Baju Nikah (L&P)
*Kasut
*Mekap (2x)
*Bunga Tangan
*Kusyen Nikah




.....................................................................................................................................................


Pakej Pertunagan RM500
*1 set Hiasan Pelamin
*1 set Baju Persaninan Pertunagan
*Aksesori-Aksesori Tambahan
*Foto Pertunangan 4R (20keping)



..........................................................................................................................................

Pakej Fotografer RM500
*4R (120keping)
*8R (2keping)
*Cd + Foto Tambahan
*1 Album Foto Romantis (Besar Punya)

Rabu, 3 April 2013

Indah Rasa Catering



 Assalamualaikum....

Indah Rasa Catering
Terima kasih kerana sudi menggunjungi laman Indah Rasa Catering , syarikat Indah Rasa Catering menawarkan perkhimatan catering, pakej perkhawinan, andaman pengantin, kanopi, fotografi dan inai tangan (bercorak).

Syarikat kami sedia menerima tempahan

*Majlis Perkhawinan
*Majlis Pertunangan
*Majlis Kesyukuran
*Majlis Cukur Jambul
*Majlis Hari Jadi
*Majlis Tahlil
*Jamuan Hari Raya
*Jamuan Keluarga


Untuk membuat tempahan sila hubungi:
010-913 6465 (Ruhayu)
016-950 3456
Call or Sms for best price
Perkampungan Indera Sempurna,
Kuantan, Pahang

Pakej Istimewa

PAKEJ ISTIMEWA


Pakej RM6.50 per pack
*Nasi Dagang Ikan Tongkol / Nasi Lemak Ayam /  Nasi Ayam / Nasi Tomato / Nasi Kerabu / Pulut Kuning & Rendang
*Bihun Goreng / Mee Goreng
*Kuih Karipap / Temosa / Sri Muka / Kuih Lapis
*Air Sirap & Oren
*(Hidangan Pengantin Percuma Sekiranya Tempahan Melebihi 8oopack)




..........................................................................................................................................

Pakej RM8.50 per pack
*Nasi Minyak
*Nasi Putih
*Daging Kulai Kawah Daging Campur Tulang
*Ayam Masak Merah / Ayam Goreng Berempah
*Ikan Masin
*Arca Rampai
*Ulam-Ulaman & Sambal Belacan
*Air Kordial (Sirap/Oren)
*Bubur Pulut Hitam
*(Hidangan Pengantin Percuma Sekiranya Tempahan Melebihi 8oopack)


Hidangan Pengatin

1.*1 set Ikan Siakap Bakar
   *2 set Ayam Percik
   *2 set Udang Sweet Sour / Puding Buah / Kek Coklat

2.*Meja Pengantin, Scallop & Skrirting

3.Pinggan Mankuk Kaca & Goblet (Gelas Berkaki)

4.6 Orang Penyaji Makanan

5.Kelengkapan Catering
  *Tisu
  *Plastik Sampah
  *Air Mineral (36 Botol)
  *Sudu Plastik
..........................................................................................................................................

Pakej RM9.50 per pack
*Nasi Minyak
*Nasi Putih
*Daging Masak
  -Gulai Kawah / Kurma / Kerutuk / Opor
*Ayam Masak Merah / Ayam Goreng Berempah
*Arca Timun & Nenas / Kacang Goreng Hati
*Ikan Masin
*Ulam-Ulaman & Sambal Belacan
*Air Kordial (Sirap/Oren)
*Desert
  -Kuih Lapis / Kuih Seri Muka / Bubur Kacang /  Bubur Pulut Hitam
*(Hidangan Pengantin Percuma Sekiranya Tempahan Melebihi 8oopack)


Hidangan Pengatin

1.*1 set Ikan Siakap Bakar
   *2 set Ayam Percik
   *2 set Udang Sweet Sour / Puding Buah / Kek Coklat

2.*Meja Pengantin, Scallop & Skrirting

3.Pinggan Mankuk Kaca & Goblet (Gelas Berkaki)

4.6 Orang Penyaji Makanan

5.Kelengkapan Catering
  *Tisu
  *Plastik Sampah
  *Air Mineral (36 Botol)
  *Sudu Plastik



..........................................................................................................................................

Pakej RM11.50 per pack
*Nasi Beriani
*Nasi Putih
*Daging Beriani
*Ayam Goreng Berempah
*Dalca Sayuran
*Nenas Bombay / Arca Buah
*Air Sirap, Teh 'o' Oren
*(Hidangan Pengantin Percuma Sekiranya Tempahan Melebihi 8oopack)


Hidangan Pengatin

1.*1 set Ikan Siakap Bakar
   *2 set Ayam Percik
   *2 set Udang Sweet Sour / Puding Buah / Kek Coklat

2.*Meja Pengantin, Scallop & Skrirting

3.Pinggan Mankuk Kaca & Goblet (Gelas Berkaki)

4.6 Orang Penyaji Makanan

5.Kelengkapan Catering
  *Tisu
  *Plastik Sampah
  *Air Mineral (36 Botol)
  *Sudu Plastik



..........................................................................................................................................




Memenuhi Citarasa Pelanggan



Indah Rasa Sentiasa Memenuhi Citarasa Pelangan













Buatlah Kenduri Walaupun Hanya Dengan Seekor Kambing



   Hidup berpasangan adalah satu fitrah yang telah sedia tertanam dalam jiwa manusia seluruhnya. Justeru, Islam amat menggalakkan umatnya untuk berkahwin. Perkahwinan merupakan asas pembentukan sesebuah masyarakat yang harmoni. Dengan adanya ikatan perkahwinan, jiwa menjadi tenang dan tenteram, mendapat keturunan yang halal lagi sistematik, sekali gus ikatan perkahwinan juga dapat mengawal diri daripada berlakunya pelbagai bentuk penzinaan, homoseksual, pelacuran dan sebagainya. Setiap pasangan yang telah berkahwin pasti mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan rumah tangga yang harmoni beralaskan kasih sayang, cinta mencintai dan kasih mengasihi antara suami dan isteri.

Rata-rata masyarakat Melayu Islam di Malaysia dulu dan kini mengadakan kenduri kahwin bagi meraikan pasangan pengantin yang telah dinikahkan dengan mengadakan jamuan makan kepada orang ramai, khususnya kepada saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kenduri untuk pernikahan sepasang pengantin ini merupakan unjuran dan sunnah Rasulullah SAW. Hukumnya adalah sunat muakkad (sangat dituntut). Hal ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a katanya : ‘Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi SAW menjadi seorang pengantin dengan Zainab ibn Juhsy, baginda mengundang orang ramai, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.' (Riwayat al-Bukhari)
Dari Anas bin Malik ra menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya : ‘Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab : Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Sabda Rasulullah: ‘Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.'
Di negara kita bulan November dan Disember atau yang menandakan waktu cuti sekolah kebiasaannya dipenuhi dengan pelbagai jemputan ke majlis perkahwinan.  Paling tidak dalam satu hari pasti mendapat jemputan  sebanyak dua atau tiga buah rumah. Waktu ini dipilih kerana masanya yang sesuai untuk semua sanak saudara dan ahli keluarga dapat berkumpul berbanding hari-hari biasa.

Antara hikmah Islam mengalakkan diadakan kenduri kahwin adalah:
  • Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga.
  • Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
  • Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.
  • Memberi peluang kepada para tetamu bersuai kenal di samping merapatkan hubungan silaturrahim.

Jika diperhatikan amalan dalam masyarakat kita, jarang sekali kedengaran ucapan selamat atau mendoakan pasangan yang baru berkahwin. Apa yang biasa didengar adalah "Selamat Pengantin Baru", "Semoga bahagia hingga ke anak cucu" dan sebagainya. Sebaliknya Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh doa yang terbaik untuk diamalkan seperti mendoakan kebaikan, keberkatan dan memohon keampunan buat pasangan pengantin serta mendoakan pengantin mendapat berkat yang selayaknya dan kita juga mendapat ganjaran kerana mengamalkan sunnah baginda. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW jika memberikan ucapan doa kepada pasangan yang berkahwin, baginda berkata ‘Semoga Allah memberikan keberkatan padamu, dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.' (Riwayat Abu Daud)

Sunnah dalam mengadakan kenduri;
  • Diadakan secara sederhana yang tidak perlu membawa kepada pembaziran. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan. Masyarakat kita pada hari ini kebanyakkannya mengadakan kenduri kahwin sampai terpaksa berhutang. Itulah amalan manusia yang lebih mementingkan adat dari sunnah Nabi sendiri.
  • Kenduri dilakukan tanpa sifat riyak dan bangga diri.
  • Tidak mengandungi unsur-unsur khurafat atau adat-adat yang membawa kepada syirik
  • Tidak menghidangkan makanan yang mengandungi syubhah.
  • Tidak mengandungi perkara-perkara maksiat seperti jamuan khamar (arak) dan hiburan yang melalaikan.
  • Tidak mengkhususkan jemputan hanya untuk orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin dilupakan.
  • Disunatkan menghulurkan pertolongan bagi mengurangkan beban tuan rumah dan dapat menyuburkan semangat gotong royong di kalangan masyarakat.
Laksanakanlah walimah atau kenduri kahwin sekadar mampu. Apa yang penting ia dilakukan dengan niat yang ikhlas selain untuk memanjatkan kesyukuran tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Mudah-mudahan majlis yang diadakan dilimpahi berkat dan keredhaan Allah SWT.  Kenduri yang berkat itu amat penting sama pentingnya akad nikah mengesahkan ikatan suami isteri. Apalah gunanya jika wang dihabiskan untuk majlis besar-besaran tapi jauh daripada keberkatan Allah sehingga pengantin terpaksa berhutang dan meminjam. Hal ini memberi implikasi dalam melaksanakan tanggungjawab suami isteri dan membina keluarga bahagia. Justeru, laksanakanlah walimah berlandaskan sunnah semoga perkahwinan diberkati Allah SWT.

Ahad, 31 Mac 2013

Cara Nak Letak Jam Pada Blog Anda


1.Pergi ke laman web http://www.clocklink.com/

2.Pilih jenis jam yang anda suka

3.Selepas memilih jam yang anda mahukan.Clik ''View HTML Tag''

4.Accept term & conditions


5.Pilih warna, negara, bandar dan size  yang anda kehendaki

6. Copy html


7. Pergi ke blog anda, dari Dashboard > Design > Add Gadget > Html/Javascript.Kemudian paste htmi. Dah siap....

Selamat mencuba...